Asalamualikum Warahmahtullahi Wabarakatuh,
Saudara-saudaraku Muslimin Muslimat marilah sama-sama menyambut Ramadhan dengan penuh Insaf dan Redha akan perintah Allah SWT. Bulan Ramadhan bulan bukan saja menahan lapar dan dahaga tetapi lebih kepada mengajar Umat Muhammad SAW supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Dalam kita menjalankan Rukun Islam yang lima bulan Ramadhan atau bulan dimana seluruh Umat Islam berpuasa, Dan ketahuilah bahawa berpuasa adalah amalan yang tinggi nilainya disisi Allah SWT. betapa tidak kerana kita berpuasa bersama-sama dengan Allah SWT. Oleh itu sedar dan Insaflah akan kesilapan, kealfaan, kekufuran kita selama ini. Dengan datangnya Ramadhan sekali lagi kita diberi peluang untuk melucutkan segala dosa-dosa kita, INSYALLAH diMakbulkan NYA. Semoga peringatan ringkas ini akan memberi kesedaran kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara muslimin muslimat AMIN.Saturday, August 15
Subscribe to:
Posts (Atom)
